Monday, August 14, 2017

Pung pang pung pang sat


Pantun, sajak, syair ; antara benda yang sis biasa tengok dari kecik lagi. Ye la, ummi biasanya latih kakak benda-benda ni dalam bilik. So memang biasa tengok dah. Bila dah biasa tengok, lama-lama kita pun terikut sama. Tahu-tahu umoq 8 tahun dah reti dah semua ni. Masa tu pulak sekolah rajin buat pertandingan then hadiahnya pun best-best, apa lagiiiii ambik peluang la kitaaaa hahahahaha.. 

Ummi memang idol kami sejak kecik lagi sebab semua tu blajaq dari dia. Jangan cakap pasai tu ja, tarian, BM, English, sains pertanian haa apa lagi ? Memang mostly dia yang ajaq. Al-maklumla bekaih cikgu kan, semangat mengajaq tu lain maciam sikit >_< Sampaikan dulu kalau masuk tarian ja ummi mesti akan datang setiap kali ada latihan menari. So, bila menari keraih dia sendiri akan pi kat sis then betuikan cara sis menari. Omg ingat lagi semua kenangan tu sampai sekarang :)


So nak jadi cita masa form 4 (2015) first time dapat masuk Pertandingan Pantun Berirama. Bayangkanlah masa form 4 ni memang busy gila sampai setiap minggu pertandingan. Bulan Mac Debat Ala Parlimen, then next week tu Pertandingan Berbalas Pantun, minggu yang sama second round pertandingan, next week quarter-final pertandingan, Sabtu tu pertandingan roket air, minggu depan tu pulak wakil sekolah Kawad Kehormat untuk Program Remaja Wawasan (anjuran NBOS), then minggu lagi satu busy dengan Kawad Kehormat Hari Anugerah Cemerlang, lepaihtu Hari Anugerah Cemerlang, next weeknya pertandingan pidato, then dua minggu lepaih tu pertandingan forum remaja. Time tu taktau la macam mana survive dah la setiap hari stay skolah sampai pukui 6-7 petang sebab nak berlatih punya pasai.. 

Lupa nak habaq sekolah sis ni sekolah harian jadi mau takmau kena balik jugak rumah pukui 7 tu. Masa pantun berirama ni kami bertanding awai bulan 5. Alhamdulillah dapat johan masa tu, bangga Cikgu Endok Salwa sebab kami dapat johan hehe :* Pertandingan ni nama penuhnya Pertandingan Pantun Berirama Siri Jelajah AEON Mall Akar Kita Zapin 2015. Final dia bulan 8 di Kedah masa tu. 

Gambaq kat bawah ni masa quarter-final pertandingan berbalas pantun. Jangan teguqla style tudung masa ni, biasalah noob lagi baru nak kenai shawl ==" Sekali tengok dah serupa kanak-kanak syria punya style adoiiii..





 Masa ni lawan dengan team SMK Redang Panjang, kalah tipis. Sedih dia hanya Allah je la yang tahu sebab kami target team kami boleh sampai ke final huhu :(


Gambaq hat ataih ni pulak gambaq masa kami tengah bersiap before pergi pantun berirama



So inilah first round kami untuk Pantun Berirama. Saya sebagai Puteri Bongsu dalam pasukan macam biasalah, tudung pun kakak yang kena bagi pakai sebab sumpah tak reti nak buat style macam-macam. Nasib kakak pun masuk pertandingan sekali, tu yang ketiga dari kiri tu kakak kami la tu. Jarak setahun ja pun, so memang biasa masuk pertandingan sama-sama dan one of my supporters terkuat :P


Masa ni dah final round, jadi kami beratoq gini sebab nak sambut VIP. Lepaih dah sambut tu, pung pang pung pang tarian segala syair sajak punya pertandingan dan tibalah masa untuk kami pulak beraksi *eceyhhhh :P

Bawah ni team KE (King Edward).. Pemantun first dia paling kanan namanya Syawal Azali (hat ni macam Edward Cullen ooo dia punya putih), then pemantun second Raja (sebelah Syawal), pemantun ketiga Amirul Afiq dan pemantun keempat Iqmal Azry. Segak enn masing-masing pakai gitu ? Kalau hampa perasan la kasut depa pun sama pattern tau hahahahaha. Jangan main-main dengan KE ni, antara skolah yang selalu menang tau pertandingan pantun. Masa lawan ni pun nervous ja sebab tahu kami berlawan dengan orang-orang hebat, padahal sebenaqnya before berbalas pantun depa la skolah yang mai skolah kami sebab nak mengajaq kami pantun. Masa berlatih pun dah cukup bercerau sebab pantun depa hebat-hebat sangat, tak caya boleh la try lawan dengan depa. Test level masing-masing gitchewww...



Haa time ni masa kami melalak nak perkenalkan kumpulan. Dalam pantun ni setiap kali sebelum pertandingan kami akan start dengan pengenalan kumpulan dulu. Pengenalan kumpulan ni ikut kreativiti masing-masing, ada team yang ubah lagu tradisional lagu pengenalan depa, pantun pengenalan diri & macam-macamlah. Biasanya limit pengenalan kumpulan 3-5 minit kalau tak silap. 


Time ni dah balik dah. Muka happy ja, ya la dapat Johan kan sapa ja tak happy hehe. Ni pulak bestfriend sis namanya Nurul Haney Syahida. One of member yang minat sama dengan sis, jadi mostly pertandingan pun kami akan masuk sama-sama. Debat, Forum, Pantun, Public Speaking, Tarian sampaikan ambik anugerah pun memang naik pentas sama-sama hahahahahaha. Alahai rindu lak kat si gemok ni :P



Masa ni Hari Anugerah Kecemerlangan Koko jadi kami berempat naik la pentaih untuk terima sijil dan ambik trofi kami. Cantik kan trofi diaaaa ?!!! Shining gitchewww. Masa ni dah habeh dah pun final kat Kedah. Dapat Naib Johan ja sebab kalah tipis dengan SMK Dato Ishak, Manjung. Sedih tapi bersyukur sebab dapat tempat jugak dalam pertandingan tu. Paling penting, masa tahun ni memang persahabatan kami berempat rapat gila sebab dah ups and downs sama-sama sepanjang tahun tu. Ye la, pergi pantun muka ni, forum sama, debat sama, handle majlis pun muka sama jugak. Penat oiii ~>_<~ 

So setakat ni ja la pung pang pung pang si adelina untuk harini.. All and all what we learnt is that, indeed, the failure is not to lose, but to drive more forcefully. This failure remains the sweet experience we gained during our school days. :)

p/s : Kalau nak kasi pantun nak ngorat crush boleh pm sis, sis ada buat servis buat pantun hehe :P Harapnya crush hampa boleh cayaq la dengan pantun tu. Kalau tak cayaq tu boleh jadi sebab hampa tak ensem kot hahahahaha ok jkjk byeee 

No comments:

Post a Comment