Monday, August 14, 2017

PKBM (Laut)


Sapa pernah dengaq pasai PKBM (Laut)? Hehe masa sekolah rendah dulu tak pernah dengaq pun pasai benda alah ni. Once masuk sekolah menengah baru kenai. So PKBM ni sebenaqnya tentera laut version budak sekolah haa gittewwww. Kalau level sekolah dia ada PKBM (Laut) then once dah masuk U nanti ada PALAPES pulak. Tapi sis cita pasai PKBM ja dulu. 

Nak dijadikan cerita sis ni sebenaqnya memang minat gila badan beruniform. Nak nak askar sebab sis suka benda-benda lasak dan tak nampak perempuan sangat. Acah-acah gengster la gitteww :3 Dalam family pulak sis sorang ja yang minat badan beruniform ni so cita-cita pun memang nak masuk askar lepaih habeh sekolah nanti >_<. Awai-awai masuk PKBM ni sis memang aktif kaw-kaw la. Ye la, latihan kawad pi, kawad hari sukan masuk, kawad hari kebangsaan lagi padahal baru form 1 masa tu. So nak jadi rezeki tahun yang sama sis dapat pi kem naik pangkat untuk pangkat yang pertama dalam kadet which is Leading (Laskar Kanan). Haa kat bawah ni gambaqnya. 



Masuk form 2, alhamdulillah terpilih pulak untuk kem menembak kat Lapang Sasar Sultan Abdul Samad, KD Pelandok Pangkalan TLDM Lumut. Masa ni kami pakai AUG Styer lagi. 2015 baru depa upgrade pakai M16. Tapi masa ni memang jakun habeh la sebab excited dapat pegang senjata. Pehtu mula la pasang cita-cita nak handle senjata la apa la ish ish kuat angan-angan betui aku ni :P Time ni jugak Pegawai Waran setiap sekolah ada and memang aku adore gila lah tengok. Ye la pakai bravo dengan pangkat Pegawai Waran kottttttt!!! Gila smarttttt!!! Paling aku ingat Pegawai Waran sekolah RPK, Erna Izana. Lepaihtu lagi sorang sekolah Bukit Jana namanya Intan Noratikah. Kalau sekolah kami tu haa yang tengah pose acah merangkak tu haaa tu la dia orangnyaaaa....



Then tahun yang sama dapat peluang pergi kem negeri kat pangkalan jugak. Hampa tengoklah sendiri gambaq ni. Kami berenam ja perempuan hat lain semua laki. Segan sikit la time ni sebab kami ja perempuan enn :3


Tahun yang sama jugak alhamdulillah dapat pi kem naik pangkat untuk second rank which is Petty Officer (Bintara Kanan). Masa ni rasa harapan cerah dah untuk aku dapat pangkat Pegawai Waran. Tapi tu la, kita manusia hanya mampu merancang T_T

Btw gambaq kat bawah ni kat PULARES Batu Gajah. Hat mana dok Batu Gajah mesti tau tempat ni sebab sebelah Sultan Yusuf School (SYS) ja.



2014, kemuncak kepada zaman persekolahan sis. Macam biasa la sis akan masuk aktiviti2 pkbm tapi takde rezeki untuk sis join menembak masa tahun tu sebab sekolah dah tukar kuota pkbm kami ke kuota lelaki. Bermakna sis dah tak boleh join aktiviti. Bayangkanlah menembak, kem negeri, kem kebangsaan semua terlepas gitu ja. Lagi sedih bila member laki sis yang sama aktif dengan sis dapat pi naik pangkat pegawai waran tapi sis tak dapat pi. Gambaq dia kat atas ni sebelah kanan sis. Asalnya bercita-cita nak naik pangkat sekali la sebab ye la, dah dari awal aktif sama-sama kan. Tapi rezeki kat tempat lain, so sis redho ja. 

Tahun yang sama sis dapat peluang bawak bendera kejohanan masa hari sukan. Masa tu pakai baju charlie (baju putih) tapi takdak gambaq pulak huhu.

2015 pulak sis nekad nak join ja aktiviti unit lain sebab ye la, bosan kot takleh join aktiviti kadettttt!!! So masa awal tahun tu sis join kawad kehormat and sis la orang yang iring pegawai untuk check barisan. Tengok la dari kadet laut tiber ja tukaq pakai uniform puteri islam pulak hahahahahahh... Hari yang sama sis dapat tawaran masuk sbp tapi sayangnya ayah sis tak kasi pi so sis bersedih sorang2 dalam bilik lepas balik kawad tu. 


Tahun yang sama sis iring pegawai jugak untuk kawad kehormat. Masa ni program remaja berwawasan under NBOS and memang rasa bertuah gila dapat iring pegawai memerintah tentera laut, achievement terbesaq masa ni hehe. Btw tu la gambaq baju charlie. Cuma bezanya time ni kami pakai baret, bukan topi charlie. Kalau pakai dengan topi sumpah smart !!!



Bulan 9 tahun yang sama which is 2015, alhamdulillah rezeki dapat join kem negeri kat pangkalan. Masa ni katanya nak kasi peluang merasa pergi kem untuk tahun2 terakhir. Dan masa ni jugak hanya kami empat orang ja perempuan which is syazana, iqa, alia dan sis. Lagi mencabar sebab time latihan lari petang2 kena ikut pace budak laki. Semputnya ya Allah hanya Dia yang tahuuuuu :(







Rezeki sekali lagi untuk kem ni sebab dapat jadi wakil skuad perak untuk sambut orang atasan. Taktau la nak kata bangga tu cana sebab dapat peluang2 gini. Padahal yang berdiri sekali sis semua wakil negeri perak kat kem kebangsaan kecuali sis. Nampak tak bangga dia cana nampak tak nampak tak hahahahahaha. Walaupun ketaq tapi muka steady ja > <








Hat ataih tu gambaq masa kawad kehormat program remaja berwawasan. Being the only one girl yang join sumpah rasa awkward teruk tapi rasa seronok sebab member2 semua baik hati & sporting habeh la. Seronok kawad kehormat ni, semua mengejar perfection sebab takmau ada silap sikit pun masa kawad. Latihan memang kaw-kaw dan berjemuq tu benda biasa la. 

Hat bawah ni pulak gambaq sis jadi skuad leader untuk Puteri Islam masa hari kejohanan sukan. Berukaq-tukaq enn hampa pun mesti pening hahahahahah. 




Ni kiranya penutup untuk semua aktiviti sis sepanjang sis bersekolah la. Tahun 2016, join pertandingan kawad kaki peringkat daerah LMS. Hehe time ni kita tukaq pakai uniform krs pulak > <


Bestfriend since form 1 and counting. Alhamdulillah dapat join kawad sama-sama & sarung uniform yang sama masa ni :) From left to right ; Haney, me, Ainor, Syafiqah.




Penutup tahun 2016, penutup zaman persekolahan buat insan bernama adelina. Doa-doa la sis dapat join lagi kadet lepas ni. Sumpah seronok join aktiviti-aktiviti lasak macam ni. Kena regging, guling padang, berjemuq, push up haa apa lagi!!! Last but not least, doakan semoga adelina dapat mencapai cita-citanya untuk masuk askar satu hari nanti aamiinnnnnn!!!

No comments:

Post a Comment