Friday, June 19, 2020

BITS 1313 Data Communication & Networking























SESSION LAYER
Session Layer controls the dialogues between computers. Session layer establishes, terminate session and synchronize the conversation between two different applications. This layer request for a logical connection which should be established on end user's requirement. This layer handles all the important log-on or password validation.
Based on our situation given, public network then will request to access ULearn system that located at UTeM IT center through UTeM network and it will response to that request.



PRESENTATION LAYER
Presentation layer allows you to define the form in which the data is to exchange between the two communicating entities. It also helps you to handles data compression and data encryption. This layer transforms data into the form which is accepted by the application. It also formats and encrypts data which should be sent across all the networks.
When the lecturer accessed to ULearn system, they will use a secure connection provided by this layer. The presentation layer will encrypted their account login information prior to transmission. Then, at UTeM facilities the presentation layer will decrypted their account login information, making it available for processing.



APPLICATION LAYER
Application layer interacts with an application program, which is the highest level of OSI model. The application layer is the OSI layer, which is closest to the end-user. It means OSI application layer allows users to interact with other software application. Application layer interacts with software applications to implement a communicating component. The interpretation of data by the application program is always outside the scope of the OSI model.
Lastly, the lecturer capable to access ULearn system and therefore will display the ULearn system interface.
























Thursday, April 2, 2020

Senarai Keperluan Hiking (Wanita)



Hai assalamualaikummm !!!

Since sis dah lama tak update blog sis, so sis akan start dengan buat list barang untuk gegirl-gegirl kat luar sana yang nak pergi hiking.. Sis start minat dengan hiking dari sekolah menengah, tapi dulu takdak sangat platform untuk benda-benda outdoor ni jadi sis biasanya memang hiking Bukit Larut ja sebab tu yang paling dekat dengan rumah.. Then masuk matriks sis hiking Bukit Jugra, Banting pulak sebab ada kem kepimpinan masa tu.. Kebetulan Bukit Jugra ni memang dekat gila dengan KMS so kita ambik la peluang ni untuk hiking jugak.. Then start ja masuk UTeM ada satu kelab outdoor ni namanya Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem (KeReX).. Sebab sis ni memang minat gila outdoor jadi try la follow program dia dan first trip sis dengan KeReX ialah Trans Naning (Kos lebur RM45 carpool). Kemudian next week tu pulak sis follow program KeReX Go Adventure kat Gopeng untuk Caving Gua Tempurung dan Tubing Sungai Kampar. Masa ni last minute follow sebab Abang Sharul hasut sis dengan Syera pi. Jadi Khamis tu baru buat keputusan nak follow, so kami tak dapat baju la untuk program tu sebab lambat daftar. Program ni kos lebur dia RM130 termasuk baju, pengangkutan bas UTeM.

Then dua minggu lepas tu sis follow trip ke Gunung Besar Hantu pulak. Untuk trip ni kos leburnya RM70 dan pergi sana carpool. Bulan 4 pulak sepatutnya follow trip ke Stong-Baha-Ayam (SBA) kat Kelantan tapi terpaksa tarik diri sebab ada interview YSS. Trip SBA kos leburnya RM150, pengangkutan bas UTeM.

Lama jugak berehat lepas tu aktif balik bulan 8 sebab pergi rintis (Ops Cantas 2.0 Trans Liang-Lebah). Kos lebur trip ni RM250, pengangkutan bas UTeM dan trip ni la paling lama sis pernah ikut sebab sepatutnya 8 hari tapi extend 2 hari. Jadinya 10 hari terus trip ni hahahahahaha..


Satu sem sis stop hiking kejap sebab dah janji dengan mak tak hiking untuk sem tu. Masuk sem 4, week 4 dah ada trip so sis ikut la sama pergi Trans CBR (Chemendong-Belumut-Gua Rimau) reverse trail. Kos lebur RM100, pengangkutan carpool. Okay done beletiaq sikit-sikit jadi moh lerr kita tengok list apa hampa kena bawak..


- Beg hiking 65L ke atas untuk trip panjang
- Baju dan seluar (3 pasang - 1 untuk trekking, 1 baju tidoq, 1 untuk emergency) Kebiasaannya masa nak pergi tu aku pakai siap sepasang baju trekking dengan seluaq tight kat dalam, so kiranya dalam beg aku ada dua pasang baju ja la haaa gittewwww...
- Undergarment
- Tudung (3 - 1 sarung, 1 tudung pakai masa trekking, 1 emergency)
- Anak tudung - 2
- Stokin (bergantung pada setiap orang, kalau macam sis sis akan guna 1 stokin 2 hari untuk trekking & akan sediakan stokin untuk tidur (ni biasanya sis bawak sepasang ja))
- Kasut Getah (boleh beli kat kedai hardware/ DIY, harganya RM10 ja)
- Selipar - 1 pasang
- Baju hujan/Poncho - 1
- Windbreaker/Down jacket - 1 helai
- Sleeping bag
- Carry mat
- Pinggan, cawan, sudu, garfu (Foldable bowl, foldable cup, foldable cutleries boleh cari kat shopee)
- Botol air mineral 1.5L (2-3 botol) bergantung pada individu
- Foldable water container 3L (untuk kompeni)
- Personal ration (Jajan, kurma, kismis, serbuk extra joss or minuman yang bagi tenaga, maggi etc)
- Plastic seal (untuk sealkan pakaian elak basah, bergantung pada kegunaan)
- Plastic sampah kecik (kalau boleh beli yang gulung siap)
- Payung
- Towel
- Toiletries (Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sabun badan, syampu, sikat, minyak rambut
- Kain Batik
- Waterproof bag (untuk letak toiletries masa nak pergi mandi)
- Headlamp (dinasihatkan beli 200 lumen dan ke atas kalau nak penglihatan lagi jelas bila pakai headlamp waktu malam)
- Bateri lebih (bergantung pada berapa hari trip)
- Personal first-aid-kit (Bug spray, tissue, wet tissue, pain reliever (ibuprofen) antidiarrhea, antiseptic wipes, bandage, cotton bud)
- Sunscreen
- Tali ampaian (in case nak jemur towel, baju and so on)
- Foldable hanger
- Phone Waterproof case
- Kabel Phone
- Powerbank/Solar Powerbank
- Wisel (Berguna kalau sesat)
- Parang/pisau
- Spray (berguna bila nak pergi buang air)
- Lighter
- Cangkul kecik (Berguna bila nak buang air besaq hahahaha)
- Pad (wajib bawak kalau trip panjang)
- Hiking pole (Optional)
- Stove & butane (Optional)
- Messtin/Cooking Set (Optional)
- Sarung tangan (Optional)
- Jungle hat (Optional)
- Flysheet (Optional) - in case nak letak beg bawah fly untuk elak basah waktu malam
- Personal Ground (Optional)
- Sleeping Mattress (Optional)
- Speaker (Optional) - in case nak dengar lagu masa trekking
- Buff (Optional)
- Ultralight Waistbag (Optional) - Untuk letak jajan masa tengah trekking



dan dan dan paling penting korang mestilah kena ada raincover untuk cover bag korang bila basah.. plus standby satu plastik sampah besaq hat warna hitam tu untuk cover bag korang bila waktu malam untuk elak basah sebab embun.

Okay apa-apa pun jaga diri ye korang bila hiking ! Jaga kebersihan dan betulkan niat ye bila nak hiking. Good luck ! Adiosssss !

Thursday, February 20, 2020

Ulasan Video TITAS



FAKULTI : FAKULTI  TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (PENGURUSAN PANGKALAN DATA) DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER II SESI 2018/2019


MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

KOD MATA PELAJARAN: BLHW 1702

ULASAN VIDEO:

TAJUK:
“PROTO – SCI-FI”
PANJANG TEMPOH MASA:15.05

ALAMAT CAPAIAN:
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ji8va4IMmmY

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA :  1.ADELINA ASHAZ
2.SYAHIRAH BINTI MOHAMAD AZAHRI
NO. MATRIK :1.B031810XXX
2.B031810XXX

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SAZELIN BINTI ARIF
PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

PENDAHULUAN
Tajuk video yang diulas adalah “Proto – Sci-Fi”. Ulasan ini dibuat berdasarkan satu video yang boleh dicapai di alamat URL https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ji8va4IMmmY Tempoh lama masa video ini disiarkan adalah 15.05 minit.

ISI PENTING VIDEO
Video ini merupakan salah satu video yang telah dimuat naik dalam laman web youtube dan telah mencapai tontonan seramai 1,138,845 tontonan semenjak dimuatnaik pada Oktober 2014. Filem pendek ini dihasilkan oleh Eye Candy Film sebagai salah satu ko-produksi antarabangsa antara Screen South yang berpusat di United Kingdom dan juga Film Fyn di Denmark.

Video ini secara keseluruhannya menceritakan tentang sebuah robot yang dicipta oleh seorang saintis sebagai satu alat yang digunakan untuk tujuan ketenteraan. Kehebatan Proto diuji pada ujian-ujian yang perlu dilaluinya bagi menguji kecekapan dan kepintaran Proto dalam melakukan sesuatu dan menerima arahan dengan baik. Namun, kebolehan Proto dalam melakukan perkara lain dianggap sebagai satu kesalahan dan menunjukkan kegagalan mereka dalam mencipta robot tersebut.

Kandungan penting video ini menerangkan tentang sikap tidak bersabar dalam melakukan pekerjaan. Dalam video ini ada memaparkan babak Proto yang sentiasa dimarahi oleh seorang saintis bernama Professor Andrews kerana kelemahannya yang tidak dapat menerima arahan dengan cepat. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap bersabar itu sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara seperti pepatah arab yang bererti “sabar itu separuh daripada iman”. Sekiranya kita tidak bersabar dan bersikap pemarah, kita mungkin akan mengguris hati sesetengah pihak dengan kata-kata kita sendiri. Sesungguhnya, lidah itu lebih tajam berbanding mata pedang. Kata-kata negatif yang dikeluarkan oleh Professor Andrews kepada Proto telah menyebabkannya berasa sedih dan memberi tekanan kepadanya.

Selain itu, kandungan video ini juga menjelaskan bahawa kita janganlah menuding jari kepada pihak lain atas kesalahan yang dilakukan diri sendiri. Professor Andrews menyalahkan Proto kerana tidak mampu menerima arahan dengan baik dan kebolehannya berbeza dengan kehendak yang diinginkan sedangkan Proto tidak bersalah dan saintis tersebutlah yang perlu disalahkan kerana kecuaiannya dalam mengaturcarakan robot tersebut.

Dalam mengembangkan penceritaan  dalam video ini, beberapa unsur konflik juga diselitkan pada perkembangan plot video ini. Contohnya, semasa Proto diuji oleh Professor Andrews di hadapan general dan rombongannya, Proto gagal untuk bertindakbalas dengan baik lalu menyebabkan Professor Andrews  mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya dan mengundang kemarahan Proto. Proto memberontak lalu melempar pad ping-pongnya ke arah saintis tersebut namun terkena skrin televisyen. Permasalahan antara Professor Andrews dan Proto merupakan konflik yang terdapat dalam video ini.


Selain itu, video ini terkandung nilai menghargai bakat dan kelebihan orang lain. Pembantu Professor Andrews iaitu Simon sentiasa menunjukkan sokongan dan tindakbalas positif terhadap apa jua perkembangan dan bakat yang ditunjukkan Proto dihadapannya. Contohnya, semasa Proto selesai bermain biola, Simon memberikan tepukan tanda sokongannya terhadap bakat Proto.  Berbeza sekali dengan sikap Professor Andrews yang mempamerkan riak wajah tidak suka dan terus memarahi Proto lalu merampas biola itu dari tangannya.

Beberapa perkara yang sangat ditekankan dalam video ini ialah kita seharusnya berani untuk membuat pilihan dalam hidup kita. Walaupun Proto hanyalah sebuah robot, namun dia telah diprogramkan sebagai sebuah robot yang mempunyai perasaan. Proto cenderung terhadap perkara-perkara di luar bidang ketenteraan dan dia sangat takut untuk menyatakan pendiriannya lalu menyebabkan dirinya berasa tertekan dengan kehidupannya.

Ini menunjukkan bahawa kita mestilah mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalani kehidupan ini. Sedangkan robot pun perlu membuat pilihan dalam hidupnya apatah lagi manusia yang dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir lebih rasional berbanding mesin kepintaran buatan seperti Proto. Seandainya kita tidak bijak dalam membuat pilihan yang betul, pastinya perkara ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap diri kita sendiri. Berfikir dengan bijak dalam melakukan sesuatu keputusan juga merupakan kayu ukur terhadap tahap kematangan seseorang individu tersebut.

Di penghujung video ini, ia telah membuktikan bahawa pendirian diri yang teguh itu amat penting dalam menjalani kehidupan. Proto telah membuat pilihannya dan menetapkan pendiriannya untuk meninggalkan makmal tersebut dan membawa diri bersama Symphony, sebuah robot yang mengajarnya bermain biola.

PENDAPAT PENGULAS :  KEKUATAN ATAU KELEMAHAN VIDEO SERTA IMPAK TEKNOLOGI TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Secara keseluruhannya, pengulas berpendapat bahawa video bertajuk ‘Proto Sci-Fi’ adalah amat memberi impak kepada kita bahawa teknologi mempunyai kebaikan serta keburukan iaitu dari segi kebaikan ia dapat memudahkan kerja seharian. Pada video tersebut, robot bernama ‘Proto’ itu telah dicipta untuk kegunaan ketenteraan. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dangan baik serta pantas dengan berdasarkan bantuan teknologi. Kemajuan teknologi kini dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari sudut pekerjaan hingga ke gaya hidup sihat masyarakat.

Video ini juga dapat menunjukkan kekurangan pergaulan. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Di dalam video ini juga menunjukkan saintis tersebut menghiraukan perasaan Proto dan tidak menyokong terhadap minat Proto iaitu bermain violin. Saintis tersebut lebih menekankan disiplin terhadap Proto dan seterusnya telah mengakibatkan Proto menunjukkan protes semasa sesi bersama pihak atasan

Pengulas mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan/kelemahan dalam video ini. Ia menunjukkan pentingnya komunikasi antara satu sama lain. Kita haruslah menunjukkan sikap bertoleransi dan tidak mementingkan diri sendiri. Dalam alam pekerjaan kita haruslah berbincang tentang sesuatu perkara agar tidak ditimpa masalah seperti yang ditunjukkan pada akhir video tersebut

Ini jelas terbukti apabila video ini berjaya memberi impak pemahaman tentang penggunaan teknologi kepada manusia.  Pengulas juga ingin memberikan saranan dan cadangan dalam menambah baik cara menggunakan teknologi dengan lebih bijak. Pengguna haruslah menggunakan teknologi untuk hal yang berkaitan sahaja. Ini adalah untuk menggelakkan pengguna tidak terlalu bergantung kepada teknologi sahaja untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Pengulas juga berpendapat bahawa kita hendaklah menerima pandangan orang lain supaya dapat memperbaiki sesuatu perkara dengan lebih cepat. Ia juga boleh menambahbaik kemahiran berkomukasi antara satu sama lain dan dapat bertukar idea atau pandangan.


PENUTUP
Secara kesimpulannya, video ini telah dapat memberikan banyak pengajaran kepada kita supaya lebih bijak membuat keputusan dan tidak terburu-buru. Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya jika kita berfikir secara rasional. Oleh itu, komunikasi juga penting agar kita dapat bertukar pandangan daripada semua pihak supaya sesuatu tugas itu dapat dijalankan dengan lancar.








Soal Selidik (ICERD)





UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Jalan Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

BORANG SOAL SELIDIK : PELAJAR UTeM
Tuan/Puan,

Borang soal selidik ini dikemukakan bagi mendapatkan maklumat daripada pihak responden terhadap objektif kajian kami iaitu ;
a)      Mengenalpasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap ICERD.
b)     Mengenalpasti pendirian dan penerimaan masyarakat terhadap isu ICERD.
c)      Untuk melihat sejauh mana ICERD memberi impak kepada setiap kaum di Malaysia.

Borang ini mengandungi 4 bahagian iaitu SEKSYEN A, SEKSYEN B, SEKSYEN C dan SEKSYEN D.

Maklumat yang terdapat dalam boring soal selidik ini hanya digunakan bagi tujuan kajian sahaja dan segala maklumat yang diperolehi adalah rahsia dan sulit. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah diperlukan dan dihargai. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Tuan/Puan kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan kerja berkumpulan kami ini.

BIL.
NAMA AHLI KUMPULAN
KUMPULAN
NO. MATRIK
1.
ADELINA 
S1G1
B03181XXX
2.
AINA NAJEEHAH BINTI ANUAR
S1G1
B031810XXX
3.
NAJIHAH BINTI SHAHRUL AZMEE
S1G2
B031810XXX
4.
NUR AKLINDA BINTI MANSOR
S1G1
B031810XXX
5.
SATESH A/L SATHIASEELAN
S1G2
B031810XXX
6.
SYAHIRAH BINTI MOHAMAD AZAHRI
S1G1
B031810XXX
7.
TAN CHEE YIN
S1G1
B031810XXX
8.
TENG WEI SHENG
S1G2
B031810XXX
SEKSYEN A : MAKLUMAT RESPONDEN

1.      Sila pilih kategori umur anda
( ) Bawah 18 tahun
( ) 18-24 tahun
( ) 25-30 tahun
( ) 30 tahun ke atas
                                        
2.      Sila pilih jantina anda
( ) Lelaki
( ) Perempuan

3.      Sila pilih bangsa anda
( ) Melayu
( ) Cina
( ) India
( ) Lain-lain

4.      Sila pilih pekerjaan anda
( ) Swasta
( ) Awam
( ) Sendiri
( ) Pelajar

5.      Sila pilih agama anda
( ) Islam
( ) Buddha
( ) Hindu
( ) Lain-lain, nyatakan : ………………………..

6.      Sila pilih tahap pendidikan anda
( ) Ijazah Sarjana
( ) Ijazah Sarjana Muda
( ) Diploma
( ) SPM dan ke bawah


SEKSYEN B : MENGENALPASTI TAHAP PENGETAHUAN MASYARAKAT TERHADAP ICERD.

1.      Adakah anda mempunyai pengetahuan mengenai ICERD ?
( ) Ya
( ) Tidak

2.      Dari sumber manakah anda mendapat pengetahuan tentang ICERD ?
( ) Televisyen & Radio
( ) Poster
( ) Iklan
( ) Akhbar
( ) Media Sosial                      
Nyatakan jenis media sosial : 1)__________________ 2)_________________


3.      Benarkah bahawa ICERD bertentangan dengan perlembagaan persekutuan ?
( ) Ya
( ) Tidak

4.      Adakah Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum ?
( ) Ya
( ) Tidak

5.      Jika ‘Ya’, dalam bentuk apakah diskriminasi berlaku ?
_____________________________________________________________________

6.      Adakah anda mengetahui tentang intipati perjanjian ICERD ?
( ) Ya
( ) Tidak

7.      Adakah anda tahu berapa lama isu ini telah dibahaskan ?
( ) Ya
( ) Tidak

8.      Adakah anda tahu bagaimana isu ini boleh tercetus ?
( ) Ya
( ) Tidak

9.      Jika ‘Ya’, bagaimana permasalahan ini boleh tercetus ?
________________________________________________________________


SEKSYEN C : MENGENALPASTI PENDIRIAN & PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP ISU ICERD.

1.      Adakah anda bersetuju jika ICERD diwujudkan ?
( ) Ya
( ) Tidak

2.      Adakah anda berpuas hati dengan hak rakyat yang ditetapkan oleh kerajaan ?
( ) Ya
( ) Tidak

3.      Adakah kerajaan perlu mengambil langkah khas bagi menangani isu ICERD ?
( ) Ya
( ) Tidak

4.      Apakah yang perlu dilakukan bagi memuaskan hati semua pihak selain daripada meratifikasikan ICERD ?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5.      Pada pandangan anda, perlukah ICERD diratifikasi di negara Malaysia?
( ) Sangat setuju
( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju

6.      Adakah anda berpendapat bahawa ICERD perlu dihapuskan di negara-negara yang lain?
( ) Sangat setuju
( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju

7.      Pada pendapat anda, adakah ICERD bersifat adil terhadap semua kaum di Malaysia?
( ) Sangat setuju
( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju


SEKSYEN D : MENGKAJI IMPAK ICERD KEPADA SETIAP KAUM DI MALAYSIA

1.      Adakah anda berpendapat bahawa ICERD terkait dengan isu bangsa dan agama ?
( ) Ya
( ) Tidak

2.      Pada pendapat anda, adakah ICERD memberi impak negatif kepada keharmonian negara ?
( ) Ya
( ) Tidak

3.      Pada pandangan anda, adakah ICERD dapat menyatupadukan rakyat di Malaysia ?
( ) Ya
( ) Tidak

4.      Adakah ICERD dapat mengelakkan diskriminasi antara kaum di Malaysia ?
( ) Ya
( ) Tidak

5.      Adakah dengan wujudnya ICERD, rakyat akan mendapat pendidikan yang setara ?
( ) Ya
( ) Tidak

6.      Pada pendapat anda, adakah mungkin peristiwa 13 Mei akan berulang kembali jika ICERD dilaksanakan di Malaysia ?
( ) Ya
( ) Tidak

7.      Adakah isu ICERD menggugat kedaulatan negara ?
 ( ) Ya
 ( ) Tidak

8.      Adakah dengan wujudnya ICERD, hak keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan serta-merta ?
( ) Ya
( ) Tidak

9.      Adakah ICERD memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat Malaysia?
( ) Sangat setuju
      ( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju

10.  Pada pendapat anda, adakah ICERD hanya memberi manfaat terhadap sesetengah kaum di Malaysia?
( ) Sangat setuju
( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju

11.  Adakah anda merasa bahawa ICERD sememangnya dapat memberi kesamarataan terhadap masyarakat di Malaysia?
( ) Sangat setuju
( ) Setuju
( ) Kurang setuju
( ) Tidak setuju

Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan sekiranya ICERD dilaksanakan di Malaysia?