Saturday, August 17, 2019

Review Hallmark View Hotel, Melaka

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

So it has being a while i'm not updating this blog, almost a year jugak.. Okay harini kami nak cita pengalaman kami menginap di Hallmark View Hotel, Melaka.

Nak dijadikan cerita kami terpaksa balik awal ke melaka sebab ada program Charisma Through Public Speaking 24/8/19 ni. So balik melaka ingatkan nak tumpang la bilik member kat utem sebab kami takdak tempat tinggal since pendaftaran kolej lambat lagi (member ada debate so utem provide bilik untuk dia). Bila dah ws, tau2 ja rupanya dia balik ke utem isnin ni (19/8/19) sedangkan kami dah naik bas ke kl dah masa tu (kami bertolak hari sabtu -17/8/19). jadi takleh nak patah balik dah. pening nak tinggal mana so kami search hotel bajet yang dekat dengan melaka sentral and alhamdulillah kami jumpak Hallmark View Hotel ni.. perjalanan dari melaka sentral ke hotel ni kami ambik grab, kos rm6 je.

Masa dah sampai tu kami tunjuk confirmation email sebab kami dah book bilik online.





Then pihak hotel search nama lepaihtu kena bayaq rm30 deposit dan rm4 service tax. Jadi dah boleh masuk bilik dah. Kami dapat bilik kat ground floor ja. Sehari tinggal kat hotel ni memang puas hati sangat-sangat. Bilik ni ada aircond, tv dan macam-macam lagi la.


Bawah tv tu ada hairdryer, atas meja pulak ada telefon dan kotak tisu. Sebelah tu pulak pantry.


Pantry dia pulak ada cerek and paling best sebab ada depa sediakan 4 maggi cup perisa kari 2, ayam 1 dan asam laksa 1. Kopi paket pon ada jugak disediakan.




Dalam almari pulak ada iron, ironing board, 4 penyangkut.


Kat bawah tu pulak ada peti besi pihak hotel sediakan so korang yang nak simpan barang berharga boleh la simpan sini. Manual penggunaan pun ada kat peti tu boleh baca kalau nak pakai.


The best part about this hotel is they also provide refrigerator + 4 cans of beverages and a bottle of mineral water inside. So takyah risau kalau malam2 dahaga boleh bukak peti ais ni nak minum ayaq.


Last, lupa pulak nak tunjuk toilet dia. Toilet dia ada disediakan sehelai towel, sebatang berus gigi, satu tiub kecik ubat gigi, satu botol kecik syampu dan sabun mandi. Tong sampah pun ada jugak.

Kami baru satu malam duduk sini tapi sangat berpuas hati dengan servis and facilities kat sini. Toilet pun bersih, bilik kemas. Setiap pagi cleaner akan kutip towel yang kita dah pakai dan akan bagi towel baru sekali dengan set ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun mandi. Pekerja front desk pun layan kami dengan baik, breakfast pun sedap. Overall kami sangat-sangat berpuas hati.. 

So setakat ni saja post saya untuk harini.. Sis saja buat review pasal hotel ni so that boleh memudahkan orang lain yang tercari-cari hotel berdekatan melaka sentral and nak tahu review pasal Hallmark View hotel ni. And lupa nak cakap, sebelah hotel ni ada kedai runcit & petronas. If nak beli roti ke apa boleh la singgah situ. Tak jauh pun sebab memang sebelah2 ja. Jalan kaki tak sampai seminit dah sampai..

Okay that's all for noww.. Adiosssss !!! 







No comments:

Post a Comment