Saturday, August 17, 2019

Bachelor In Computer Science (Database Management) with Honours

Assalamualaikum wbt..

Harini sis terlebih rajin nak update 2 post.. So i have the idea to post about my course which is Database Management.. Kami sambung belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan ambik course ni. Course ni pulak under Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) and student society untuk fakulti ni kami panggil sebagai FICTS (Faculty of Information Communication & Technology Society). Kalau untuk course punya club kami panggil DBMC (Database Management Club).

Okayla sis cerita serba sedikit tentang fakulti ni. It consists of 7 courses for degree and 1 course for diploma ;

Software Engineering Department
1. Software Development
2. Database Management

yang lain2 department kami tak ingat tapi ni course yang seterusnya ;

3. Interactive Media
4. Artificial Intelligence
5. Computer Networking
6. Computer Security
7. Gaming Technology (new course)

So now sis cerita pasal course database ni pulak.. Okay ni list of subjects masa first sem ;
-Algebra & Discrete Mathematics
-Multimedia System
-Computer Organization & Architecture
-Programming I
-English for Academic Purposes
-Third Language
-Cocurriculum Activity

First sem sangat2 senang jadi korang wajib score dekan tauuuuu.. Masa first sem dulu carry mark sis tinggi tapi sebab masa tu terlalu push diri, end up masa study week dan final exam sis demam panas. Jadi kecundang masa final exam. Frust tu hanya Allah yang tahu T_T .. Jadi study smart okay ? and kesihatan pun tolong jaga..

Untuk sem 2 pulak, ni list of subjects yang hampa kena ambik ;
-TITAS (Tamadun Islam & Tamadun Asia)
-Hubungan Etnik
-Cocurricular Activities
-Calculus
-Data Structure & Algorithm (kesinambungan dari programming I)
-Database I
-Software Engineering (Heavy-reading subject)

Masuk sem 2 ni subjek dah start berat tapi tu tak mustahil untuk hampa score sebab ada ja senior yang score 4 flat masa sem 2.. Jadi buang negative mindset tu okay ?

Untuk ko-k macam-macam aktiviti ada.. Kalau untuk unit uniform ada dua unit which is Kor SUKSIS (Polis) dan PALAPES.. PALAPES baru ada untuk intake 19/20.. Kat utem ni jugak ada silat cekak pusaka hanafi, silat cekak malaysia, silat gayung, pencak silat, taekwando.. Untuk bahasa ketiga setakat ni yang sis tahu ada Bahasa Arab, Mandarin, Jepun, German. Bahasa Korea, Perancis & Turki depends. Kadang ada kadang tak. Macam sis ambik bahasa Arab memang senang score dan mostly total student yang dapat A untuk bahasa selalunya dari student yang ambik bahasa arab.

Rasanya takat ni ja kot dulu post sis.. Kalau nak tanya apa apa boleh tanya kat inbox bawah.. Jangan lupa survey pasai utem ye junior2 sekaliannnn.. Last but not least, welcome to UTeM Melakaaaa !!!

Review Hallmark View Hotel, Melaka

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

So it has being a while i'm not updating this blog, almost a year jugak.. Okay harini kami nak cita pengalaman kami menginap di Hallmark View Hotel, Melaka.

Nak dijadikan cerita kami terpaksa balik awal ke melaka sebab ada program Charisma Through Public Speaking 24/8/19 ni. So balik melaka ingatkan nak tumpang la bilik member kat utem sebab kami takdak tempat tinggal since pendaftaran kolej lambat lagi (member ada debate so utem provide bilik untuk dia). Bila dah ws, tau2 ja rupanya dia balik ke utem isnin ni (19/8/19) sedangkan kami dah naik bas ke kl dah masa tu (kami bertolak hari sabtu -17/8/19). jadi takleh nak patah balik dah. pening nak tinggal mana so kami search hotel bajet yang dekat dengan melaka sentral and alhamdulillah kami jumpak Hallmark View Hotel ni.. perjalanan dari melaka sentral ke hotel ni kami ambik grab, kos rm6 je.

Masa dah sampai tu kami tunjuk confirmation email sebab kami dah book bilik online.





Then pihak hotel search nama lepaihtu kena bayaq rm30 deposit dan rm4 service tax. Jadi dah boleh masuk bilik dah. Kami dapat bilik kat ground floor ja. Sehari tinggal kat hotel ni memang puas hati sangat-sangat. Bilik ni ada aircond, tv dan macam-macam lagi la.


Bawah tv tu ada hairdryer, atas meja pulak ada telefon dan kotak tisu. Sebelah tu pulak pantry.


Pantry dia pulak ada cerek and paling best sebab ada depa sediakan 4 maggi cup perisa kari 2, ayam 1 dan asam laksa 1. Kopi paket pon ada jugak disediakan.




Dalam almari pulak ada iron, ironing board, 4 penyangkut.


Kat bawah tu pulak ada peti besi pihak hotel sediakan so korang yang nak simpan barang berharga boleh la simpan sini. Manual penggunaan pun ada kat peti tu boleh baca kalau nak pakai.


The best part about this hotel is they also provide refrigerator + 4 cans of beverages and a bottle of mineral water inside. So takyah risau kalau malam2 dahaga boleh bukak peti ais ni nak minum ayaq.


Last, lupa pulak nak tunjuk toilet dia. Toilet dia ada disediakan sehelai towel, sebatang berus gigi, satu tiub kecik ubat gigi, satu botol kecik syampu dan sabun mandi. Tong sampah pun ada jugak.

Kami baru satu malam duduk sini tapi sangat berpuas hati dengan servis and facilities kat sini. Toilet pun bersih, bilik kemas. Setiap pagi cleaner akan kutip towel yang kita dah pakai dan akan bagi towel baru sekali dengan set ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun mandi. Pekerja front desk pun layan kami dengan baik, breakfast pun sedap. Overall kami sangat-sangat berpuas hati.. 

So setakat ni saja post saya untuk harini.. Sis saja buat review pasal hotel ni so that boleh memudahkan orang lain yang tercari-cari hotel berdekatan melaka sentral and nak tahu review pasal Hallmark View hotel ni. And lupa nak cakap, sebelah hotel ni ada kedai runcit & petronas. If nak beli roti ke apa boleh la singgah situ. Tak jauh pun sebab memang sebelah2 ja. Jalan kaki tak sampai seminit dah sampai..

Okay that's all for noww.. Adiosssss !!!